//super awesome !
sweet owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies Stuff

hello peeps ! welcome to super awesome:D


Bigfoots!

Daisypath Anniversary tickers
w/ ahmad najdmie


Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: faraaa aisyah
Others:   


CIRI-CIRI ORANG YANG MENCINTAI KAMU....

Photobucket
© Orang yang mencintai kamu tidak pernah memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di mata nya hanya ada kamu satu-satunya. © Kalau kamu sudah memiliki kekasih, dia tidak peduli. Yang penting bagi dia, kamu bahagia dan kamu tetap impiannya. © Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya. Di matanya, kamu selalu yang paling cantik 
walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah berlebihan atau kamu rasa gemuk. © Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu. © Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat malam’ walaupun kamu tidak membalasnya. © Kalau di hari ulang tahunmu kamu tidak mengundangnya, setidaknya dia akan menelefonmu untuk mengucapkan selamat atau mengirim pesan. © Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap hari yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri sudah lupa setiap detiknya kerana saat itu adalah sesuatu yang berharga buatnya. © Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengatakannya. © Orang yang mencintai kamu akan cuba untuk belajar menyukai lagu-lagu kesukaanmu, bahkan mungkin akan meminjam Cd/cassette kamu kerana dia ingin tahu apa kesukaanmu. Kesukaanmu, kesukaannya juga. © Kalau kali terakhir kamu bertemu kamu sedang sakit, mungkin flu, pening atau sakit gigi, beberapa hari kemudian dia akan mengirim SMS dan menanyakan keadaanmu kerana dia risau akan kamu. © Kalau kamu memberitahunya yang kamu akan menduduki ujian, dia akan menanyakan bila ujian tersebut. Dan bila sudah tiba waktunya, dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberikan semangat padamu. © Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buatmu itu adalah sesuatu yang biasa, tetapi itu adalah suatu barang yang istimewa buat dia. © Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat saat dia sedang berbicara ditelefon denganmu sehingga kamu menjadi bingung. Saat itu dia merasa gugup kerana kamu telah mengoncang dunianya. © Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat denganmu dan ingin menghabiskan hari-harinya bersamamu. © Jika kamu kena berpindah ke tempat lain, dia akan memberikan nasihat supaya kamu sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling yang mungkin akan membawa pengaruh buruk bagimu. © Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada dari seorang kekasih. © Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang pelik seperti menelefonmu 1oo kali dalam sehari atau membangunkanmu ditengah malam untuk mengirim SMS atau menelefonmu kerana saat itu dia sedang memikirkanmu. © Ketika orang yang mencintai kamu sedang merindukanmu, dia akan melakukan hal-hal yang membuat kamu merasa rimas atau gila.

STORY :)

Photobucket
Pada suatu hari didalam kelas , seorang pelajar bertanya kepada gurunya ketika guru tersebut mengajar mengenai kasih sayang .

Pelajar : Cikgu , macam mana kita nak pilih seseorang untuk dijadikan yang terbaik sebagai orang yang tersayang ? Macam mana juga kasih sayang tu nak berkekalan ?

Cikgu : ok . kamu ikut apa yang saya suruh . pergi ke padang , kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput dihadapan kamu . Pilih yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang walaupun sekali . Dan petik rumput yang paling cantik bawa ke kelas . :)

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas tiada sebarang rumput pun di tangannya . Cikgu bertanya kenapa tiada rumput yang dipilih ?

Pelajar : tadi masa saya berjalan , saya carilah rumput yang paling cantik . memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata hanya pilih rumput yang paling cantik . maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh kebelakang . Tapi , sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik . Mungkin diantara yang dibelakang saya tadi rumput yang paling cantik . Tapi , cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula . Jadi tiada laa rumput yang boleh saya petik .

Cikgu : Ya itu laa jawapannya . Maknanya , apabila berjumpa dengan seseorang yang kita sayang , janganlah kita cari yang lebih baik dari itu . kita patut hargai orang yang selalu berada didepan kita sebaiknya dan ingatlah orang yang paling sayangkan kita . Itulah yang paling cantik dan paling baik walaupun nak diikutkan banyak lagi yang lebih cantik dan hebat . Tapi , hati dan sifatnya tak akan sama .

#moral of the story : Hargailah orang yang selalu ada didepan kita sebaiknya . :)



Photobucket
Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.. 
۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was

✿~✿ RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58✿~✿

Photobucket

Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM" diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.....

AMIN. :)


Photobucket
Perempuan membebel kerana RISAU,
Perempuan marah kerana SAYANG,
Perempuan cemburu kerana takut KEHILANGANNYA.

HADIAH DI HARI JADI AWAK.

Photobucket
Esok adalah hari jadi si dia.. si lelaki (kekasih) telah merancangkan sesuatu untuk suprisekan teman wanitanya. si jejaka telah berjanji untuk berjumpa teman wanitanya pada keesokan harinya.si jejaka telah plan bersama kawan kawanya untuk mengadakan parti hari jadi teman wanitanya..

keesokan harinya, si jejaka menelefon kekasihnya..

L : halo sayang, sy nak bagi tahu tak dapat jumpa awak lah harini, sorry.
p : ape? kan dah janji? kenapa pulak! (nada marah)
L : sy ade keje la sayang, saye janji lepas siap keje saye kite kua? eh syg?
p : hmm! pegi MATI la dengan keje awak tu! sampai tade mase untuk saye.!
L : yee, lepas selesai keje sy, sy g mati ehh.. (nada begurau)
p : dah lah! tanak cakap dengan awak lagi!jangan berjanji bila awak tak tepati janji!
L : sayang, sorry lah ehh.. i love you too ..
p : tuttt... letak fone.

selesai mengatur majlis, petang tu si lelaki pergi ke rumah buah hatinya.. menunggu di luar pagar rumah memegang sejambak mawar merah untuk menjemput kekasih hatinya keluar..

sebaik sampai di sebuah taman.

p : awak? kenapa bawak saya ke tempat ni? pokok je banyak.
L : (memandang tepat ke dalam mata kekasih hatinya) sy nak luangkan masa bersama awak sebelum saya mati. (sambil tersenyum)
P : (cubit lengan si kekasihnya) ee! awak ni kan! nak tinggalkan saye kan?!
L : mane ade saye nk tinggalkan awak sayang. kalau saye mati hantu saya ada boleh temankan awak setiap hari. (sambil ketawa)
p : ee!kalau hantu awak datang, siap lah! saya karate die! hantu gatal!
L : (hanya ketawa) hahaha..

sedang asyik kekasihnya memainkan guitar menyanyikan untuk teman wanitanya, tiba tiba si lelaki berkata nak pergi ke kereta untuk mengambil barang yang tertinggal.

setelah kembali di belakang kekasihnya, si lelaki memegang sebuah kek di temani rakan rakan lalu di nyanyikan lagu selamat hari jadi untuk kekasihnya.. si perempuan tergamam dan terkejut! hingga menitiskan airmata sambil meniup lilin pada keknya..

lalu si kekasih gadis tersebut mengajak untuk pergi di sebalik pokok yang sudah pastinya ada sebuah majlis untuknya! dan ramai rakan rakan yang menunggu di majlis tersebut..

hari sudah malam, si jejaka menghantar kekasihnya pulang kerumah..sebaik tiba di hadapan rumah..

L : sayang, harini hari istimewa awak. sy harap awak suka suprise untuk awak tadi :)
p : sayang. you make my day! seriously sy speechless but, thanks alot sayang susahkan diri awak untuk buat semua ni untuk sy..
L : same same syg, haa! keje saye harini untuk buat awak happy dah complete! sy harap, apa yang awak inginkan akan tercapai sayang.. :)
p : ye syg, iloveyou :')
L : i love u too syg, tara!! sy ade present lagi untuk awak! (memberikan sebuah teddy bear yang besar, dan sebentuk cincin berserta kad ucapan)
P : sayang! terimakasih sayang.. (tersenyum sambil memegang pipi kekasihnya)
L : (menyarungkan cincin di jari kekasihnya) haa, cincin ni tanda cinta sy pada awak syg..kad ni saya nak awak baca esok pagi ye sayang :)
P : (mengalirkan airmata) ye sayang,terimakasih.. sy dah tak tahu nak kate ape lagi.. terharu sangat.. terimakasih syg..
L : same same dah dah.. (kesat airmata kekasihnya) bersalam dengan kekasihnya..

dalam perjalanan pulang
tiba tiba kereta si lelaki hilang kawalan, lalu merempun treler dan mati di tempat kemalangan..

teman wanitanya yang mendapat tahu, terkejut! dan meraung sekuat hati apabila mengetahu si lelaki sudah tiada lagi..
lalu di baca kad ucapan yang diberikan kekasihnya malam semalam..

''sayang, selamat ulang tahun! maaf kalau petang tadi sy buat awak marah, sebenarnya kerja yang sy katakan tu, untuk aturkan majlis hari jadi awak.. awak sentiasa ada dalam hati saya. sayang, simpan cincin sy sebagai bukti cinta sy pada awak, i love you baby!''

si teman wanitanya, hanya mampu meraung setelah membaca kad ucapan tersebut apabila dia teringatkan kata katanya pada teman lelakinya..

''KATA KATA YANG KELUAR DARI MULUT ITU ADALAH SEBUAH DOA. 
HARGAILAH ORANG YANG SAYANGKAN KITA, JANGANLAH SESEKALI MENGELUARKAN KATA YANG TIDAK ELOK UTUK PASANGAN KITA DAN ORANG YANG KITA SAYANG''


Photobucket
♥ ANDAI LELAKI TAHU ♥

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

♥ SEMOGA BERMANFAAT ♥

Hak cipta adalah milik Allah SWT semata. Hak kita sebagai manusia adalah berlumba-lumba menyebarluaskan kata-kata kebaikan kepada seluruh umat manusia.

Sungguh bahagia insan yang telah menemukan cinta sejatinya.. ibarat tasbih & benang pengikatnya. terajut menjadi satu untaian yang selalu disentuh satu demi satu oleh insan mulia yang bibirnya basah akan cinta kepada tuhanNya

Semoga tulisan sederhana ini bermanfaat bagi Anda. Mohon maaf bila ada kata-kata yang kurang berkenan.

Semoga kita dapat mengambil hikmah dalam setiap kejadiaN..

♥awak,saye rindu awak, ''saya syg awak''